Sunday, May 24, 2009

Guru perlu kikis rasa gerun beri rawatan kecemasan




Latihan dianjurkan BASF beri tumpuan kepada ahli PBSM PERANAN dan tanggungjawab guru bukan saja tertumpu kepada tugas mengajar di kelas, sebaliknya turut berperanan sebagai jurulatih dan pegawai perubatan. Justeru, untuk memastikan guru memiliki kemahiran memberi pertolongan kecemasan kepada murid yang mengalami apa juga jenis kecederaan, pendedahan dan latihan perlu diberikan.

Pendedahan menerusi latihan juga berupaya mengikis perasaan takut dan gerun guru terutama apabila mereka berhadapan kecederaan serius dengan darah yang banyak. Baru-baru ini, bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Teruntum, Kuantan, diadakan Latihan Pertolongan Cemas yang disertai 20 guru sekolah rendah dan menengah daerah ini. Program dianjurkan oleh BASF Petronas Chemicals (BASF) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu antara lain bertujuan memberi pendedahan serta teknik merawat dan membantu mangsa kemalangan.

PESERTA latihan pertolongan cemas membantu mangsa kemalangan pada sesi latihan praktikal.
Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi BASF, Jason Choi, berkata program yang dianjurkan itu lebih menumpukan kepada guru yang menganggotai Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Katanya, apa yang diharapkan guru yang mengikuti latihan itu bukan saja menimba pengalaman tetapi lebih penting dapat berkongsi pengetahuan dengan pelajar. "Ini kali ketiga BASF menganjurkan latihan pertolongan cemas membabitkan guru sekolah rendah dan menengah termasuk Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK). "Kepakaran pegawai perubatan BASF dapat dikongsi dengan guru yang akan membantu pelajar ditimpa apa juga jenis kecederaan dan kemalangan terutama di sekolah," katanya.
Jason berkata, selain merawat luka dan patah tangan, guru juga didedahkan dengan teknik membantu kecederaan serius disebabkan kemalangan jalan raya, pergaduhan, sesak nafas, tercekik dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Peserta, Noral Baiyah Kamaruddin, 26, berkata ini kali pertama dia mengikuti latihan pertolongan cemas yang dianggap penting bagi guru yang menganggotai pasukan PBSM. "Banyak teknik membantu mangsa kecederaan antaranya seperti kemalangan jalan raya dan terjatuh yang menyebabkan kecederaan serius diajar sepanjang program. "Kini saya bertambah yakin untuk membantu terutama mangsa yang mengalami patah tangan dan kaki terutama sebelum kehadiran pegawai perubatan," katanya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Kuantan. Beliau berkata, sebelum seseorang murid yang mengalami kemalangan seperti patah tangan dan kaki di bawa ke hospital, bantuan yang sesuai perlu diberikan bagi memastikan tahap kecederaan yang dialami tidak menjadi semakin serius.
Rakannya, Nirmala Devi, 35, berkata pengalaman yang diperoleh sepanjang program itu akan dikongsi dengan pelajar terutama yang menganggotai pasukan PBSM. "Saya berpendapat latihan pertolongan cemas yang dianjurkan oleh BASF ini menepati kehendak dan kepentingan guru," katanya bertugas di SMK Teknik Seri Pelindung, di sini. Nirmala berkata, apa yang menarik pada kursus yang dianjurkan oleh BASF ini ialah peserta seperti berada pada keadaan sebenar kemalangan. Katanya, peserta yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan akan berusaha membantu mangsa kemalangan jalan raya, pergaduhan, terkena kaca tingkap dan pisau yang memerlukan kemahiran membantu sebelum kehadiran ambulans. Bagi Chua Siew Bee, 33, selain membantu mangsa yang mengalami luka, peserta juga diajar kaedah membantu mereka yang tercekik, sesak nafas dan lemas. Katanya, bagi mereka yang tercekik, mangsa perlu dibantu dengan cara memeluk secara dari belakang seterusnya menekan bahagian perut bagi memastikan objek terlekat keluar dengan sendirinya. "Bagi kes lemas dalam air, mangsa perlu diberi bantuan pernafasan melalui mulut, bagi memastikan mangsa dapat bernafas semula. "Apa yang lebih penting untuk membantu mangsa yang terbabit dalam apa juga jenis kemalangan, kita perlu bertenang dan memberi bantuan secara profesional," katanya.

Monday, May 18, 2009

detik bahagia...15/11/2008

akhirnya, diri ini selamat diijabkabulkan bersama suami tersayang...pada 15 nov 2008...dan hari nih perkahwinan kami dah menjangkau setengah tahun..masih jauh perjalanan yang harus kami tempuhi...indahnya perkahwinan nih..ader tempat mengadu dan bermanja..dan tak lama lagi kami bakal menimang cahaya mata...moga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat...amin

titipan 5...


Alhamdulillah...

dah lama sangat aku tak update blog nih...punyalah sibuk kan sampai diri ini tak sempat nak update...konon2nyer lah kan...

yang sebelah tu...saper lagi la kan..inilah suami, muhammad akmal abd munir...

Sunday, September 21, 2008

maya and i..


eh eh...? saper nih...? ni lah maya..masa ni kami berbuka puasa kat pizza..syok gak keluar ngn diorang nih..ni lah teman2 bujang kat SMART..pasni tak tau bila plak bleh jumpa diorang...harap2 hubungan persahabatan ni akan terus berkekalan sampai bila-bila..insyaAllah..amin.

Thursday, September 18, 2008

hari semalam...


semalam berbuka puasa bersama dengan ros..rakan sekerja di SMART..
sesekali keluar dengan rakan2 perempuan terasa amat gembira..
dah lama tak rasa pengalaman nih...rakan2 semuanya jauh di mata..
hanya seorang yang dekat di hati...

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga,
suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hatitapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him,Nor form his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him,From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telahmeninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah inidi sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah' , kamu pasti berjaya!
"Marilah kita ucapkan kalimah ini:"Laa ilaaha illallah!"

kali pertama

assalamualiakum....

kali pertama mengadakan blog...tu pun dengan bantuan rakan2..
alhamdullillah, hari ni da masuk 19 hari Ramadhan...Ramadhan tahun ini masih seperti tahun2 sudah..cumanya, ini InsyaAllah tahun ni merupakan Ramadhan terahir a.k.a bujang... :-)

Tak sabar nak melalui hari-hari mendatang...